Dua Ditahan Kerana Hina Islam Berkaitan Kematian Haron Din Di Facebook

Malasiana – Dua individu telah ditahan polis berikutan cacatan di Fb yg menghina Islam berkaitan dgn kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua mereka ditahan, masing-masing, di Perak & Selangor, kata Khalid menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

“Syabas, JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di Ipoh & 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Harun Din…,” katanya dlm Twitter.

Haron Din, 76, meninggal dunia di Hospital Universiti Stanford di San Francisco akibat komplikasi jantung pda 16 September yg lalu.

Dua Ditahan Kerana Hina Islam Berkaitan Kematian Haron Din Di Facebook | | 4.5