Kapal Tangki Hilang 3 Minggu Lalu Ditemui Hanyut Tanpa Kru

 
Malaysiana – SEBUAHÂ kapal tangki membawa muatan minyak, Tamaya 1 yg hilang secara misteri sejak April lalu telah ditemui hanyut di pantai Liberia.

Namun apa yg menghairankan tidak ada seorang pun kru berada di dalamnya.

Keadaan itu mengejutkan penduduk yg menemuinya kapal berkenaan lalu menghubungi polis.

Malangnya polis mengambil masa beberapa hari untuk tiba di lokasi penemuan kapal tersebut.

Kapal tangki sepanjang 64 meter itu dlm perjalanan ke Pelabuhan Sengalese dr Dakar apabila ia hilang. Kali terakhir Tamaya 1 dilihat adalah pda 21 April lalu.

Pihak berkuasa kini sdg menyiasat kemana perginya kru kapal yg berdaftar di Panama itu.

“Kemungkinan pemilik kapal itu telah muflis & tidak mempunyai wang untuk membayar krunya. Sebab itulah mereka meninggalkan kapal terbabit,” kata sumber dalaman pihak berkuasa pelabuhan itu.

Pihak berkuasa kini cuba menghalang penduduk tempatan daripada mendekati kapal terbabit ketika siasatan dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Kapal Tangki Hilang 3 Minggu Lalu Ditemui Hanyut Tanpa Kru | | 4.5