Luluh Hati Tengok Anak Maut Digilis Lori Depan Mata

Malaysiana – Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan anak bongsunya maut digilis oleh sebuah lori sewaktu hendak ke sekolah dlm kjdian yg berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, di sini, pagi ini.

Mangsa, Mohammad Haikal Helme, 10, yg berasal dr Kampung Parit Gabis Atas, digilis ketika dia hendak melintas jalan ke sekolah bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenan Omar Bakhtiar Yaacob memberitahu, siasatan awal mendapati kjdian berlaku sekitar 7.20 pagi & mangsa dikatakan dirempuh oleh sebuah lori muatan makanan ayam yg datang dr arah Butterworth.

“Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa tergilis seterusnya maut di tempat kjdian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

” Siasatan lanjut msih dijalankan & kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada media di sini.

Ayah kepada Haikal, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anaknya ketika ditemui di unit forensik Hospital Parit Buntar.

Menurut beliau, mangsa amat rapat dgn ibunya & dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya.

“Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap & sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.

“Sehingga kini, isteri saya msih trauma selepas kjdian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dgn pemergian arwah anak,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur. Sinar Online

Luluh Hati Tengok Anak Maut Digilis Lori Depan Mata | indri rahayu | 4.5