10 Orang Melecur Terkena Letupan Bunga Api Di Klang

Malaysiana – SHAH ALAM – Seramai 10 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di majlis sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.

Difahamkan kjdian dipercayai berpunca apabila bunga api yg digunakan meletup sebelum ia berada di udara & mengenai mereka yg berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa melecur teruk manakala tujuh yg lain melecur ringan di kaki.

“Yg melecur ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kjdian sementara yg melecur teruk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya.
sumber : mynewshub.cc

10 Orang Melecur Terkena Letupan Bunga Api Di Klang | | 4.5