Bayi 16 Bulan Maut Terjerut Tali Puting Susu

Malaysiana – bayi lelaki berusia 16 bulan maut terjerut tali puting susu di kediamannya di Taman Sera, Padang Sera, Kodiang, semalam, lapor Sinar Harian.

Dlm kjdian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Lai Zheng Xiang yg tidur dlm buaian elektrik di bilik utama rumah itu dipercaya cuba turun sbelum lehernya terjerut pda tali puting susu yg diperbuat dr tali nilon.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa ditemui oleh ibunya, Narumon Patsupah, 33, warganegara Thailand, dlm keadaan tidak sedarkan diri dlm buaian elektrik yg msih bergerak.

“Ketika ditemui, mangsa didapati dlm keadaan terbaring & kebiruan dgn tali puting susu menjerut leher mangsa.

“Semasa kjdian itu berlaku, difahamkan ibu mangsa keluar utk mengambil salah seorang anaknya yg berusia 6 tahun dr sekolah. Manakala bapa mangsa, Lai Chin Fong, 39, berada di bengkel.

“Ibu mangsa dipercayai telah keluar lbih 45 minit sbelum menemui mangsa yg dipercayai sudah meninggal dunia selama 20 minit ketika dibawa ke Klinik kesihatan Kodiang,” katanya

Kes diklasifikasikan sbgai mati mengejut & mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Menurut Narumon, dia hanya perasan leher anaknya terjerut tidak lama selepas pulang dr mengambil anaknya yg lain dr sekolah. Paling menyedihkan, dia tidak berada di tempat kjdian ketika kjdian itu berlaku sehingga menyebabkan anaknya bongsu dr empat beradik itu maut.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) utk dibedah siasat.

Bayi 16 Bulan Maut Terjerut Tali Puting Susu | sentot | 4.5