Janna Nick Dakwa Gaun Seksi Ini Jawapan Balas Designer

sumber gambar instagram

Malaysiana – Menurut pereka fesyen Khairul Amri Hassan dr butik Dokoh, dia ada menyediakan beberapa seleksi pakaian utk dipakai Janna pda sesi fotografi tersebut namun dia kesal dgn perbuataan pelakon muda itu yg menarik muka terhadapnya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, “Saya sediakan enam pilihan pakaian utk sesi fotografi itu. Dua yg dipilih adalah persalinan outsized jaket & skinny fitted pants, manakala satu lagi gaun zamrud yg baru disiapkan sehari sbelum sesi fotografi itu. Turut disediakan adalah sehelai outsized jumper, gaun paras bawah lutut, unfastened high & skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut & sehelai gaun hitam strapless paras lutut seperti yg didakwa.”

“Namun gown (gaun) hitam itu sekadar baju pilihan lain sekiranya ada masalah dgn pakaian lain. Dia (Janna) bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian disediakan, sebaliknya memilih utk memakai baju yg dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan itu. Jadi saya menganggap beliau tidak berminat utk menggayakan pakaian yg saya bawakan. Buat apa mahu menunggu dia?”

Pereka fesyen itu lagi menambah, pelakon itu jg tidak menghulurkan salam perkenalan terhadapnya ketika mereka bertemu di meja solek sbelum sesi fotografi berlangsung.Menurut Khairul lagi, baik selebriti mahupun pereka fesyen, semua mempunyai jadual kerja harian yg perlu dipenuhi & segala kudrat yg dicurahkan bukanlah satu perkara percuma.

“Apapun, pda pendapat saya, masing-masing mempunyai kerjaya & tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian, begitu jg saya. Masa & kudrat bukan perkara percuma utk disia-siakan,” tulisnya lagi. sumber : mynewshub.cc

Janna Nick Dakwa Gaun Seksi Ini Jawapan Balas Designer | sentot | 4.5