Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Dengan Sharnaaz

Malaysia.info – Menurut Nelydia Senrose mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yg agak keterlaluan. Namun sbgai pelakon, mereka bersikap profesional & hanya mahu berikan lakonan yg terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak yg tertulis dlm novel asalnya.

“Saya akui ada babak romantis lakonan kami yg agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel — kami dah berikan lakonan yg terbaik,” katanya ketika ditemui pda tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis & intim Jebat & Mastura. Ditambah pula dgn kapsyen penuh makna & memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yg sebenar.

Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yg ditunjukan pda gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yg menyukainya.


Tak kurang jg komen negatif peminat yg menganggap adegan mereka itu keterlaluan & tidak sesuai utk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon & pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang & cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja ‘menayangkan’ momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yg diadaptasi dr novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat. Sumber : Roti kaya

Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Dengan Sharnaaz | sentot | 4.5