Pakai Gaun Seksi Raysha Rizrose Tidak Kisah Dikecam Netizen

Malaysiana – Akaun Instagram Nelydia Senrose dihujani dgn pelbagai komen panas & kritikan apabila beliau memuat naik foto adiknya, Raysha Rizrose yg tampil dgn gaun agak seksi pda malam ASK 2016.Ada yg menganggap Raysha “keterlaluan” kerana tampil bersahaja dgn gaun berkenaan tanpa memakai baju dlm (coli) . Amboi, tajam betul mata korang ya.

Walau bagaimanapun, Raysha menerusi portal Harian Metro berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dgn isu berkenaan bahkan merasa kelakar ketika membaca komen-komen yg dilemparkan kepada dirinya kerana netizen tidak mengetahui perkara yg sebenar.

Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yg dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yg cuba menasihati saya & sebagainya.

Ramai jg yg mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal & kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.
Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yg patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir.

Harapnya dgn penjelasan Raysha, tidak ada lagi yg salah faham. Biasalah orang muda, pasti ingin bergaya & tampil dgn sesuatu berbeza. Tak gitu? Heh..sumber :  Harian Metro

Bagaimana menurutmu ?

Pakai Gaun Seksi Raysha Rizrose Tidak Kisah Dikecam Netizen | sentot | 4.5