Pasangan kekasih sekampung sewa motel lepas rindu

Malaysiana – GEORGETOWN – Sepasang kekasih sanggup menyewa motel kurang satu kilometer dr rumah keluarga hanya kerana mahu melepaskan rindu.

Pasangan dr Gelugor itu mengaku tidak menyambut Malam Tahun Baharu, namun hanya menghabiskan masa di dlm bilik bersama-sama.

“Tapi kami tak buat apa-apa ustaz, kami duduk saja & berborak,” kata wanita berusia lingkungan 20-an itu ketika dicekup anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pagi tadi.

Namun keadaan dlm bilik berlainan apabila pakaian & jg makanan kelihatan seperti kedua-duanya sudah menetap di situ agak lama.

Malah mereka sanggup membayar kira-kira RM100 untuk menghabiskan masa di dlm bilik yg berbau busuk & agak hanyir itu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan jg sudah memakai helmet kerana dipercayai mahu melarikan diri.

Di motel yg sama, seorang wanita enggan membuka pintu dgn alasan tidak mempunyai kunci.

Bagaimanapun setelah didesak remaja dr Banting, Selangor itu mengakui kunci bilik tersebut dipegang teman lelakinya.

“Jadi dia tinggalkan kamu di sini sendirian? Sekarang lebih baik kamu keluar dr bilik ini & duduk di bilik yg lain,” tegas salah seorang anggota penguatkusa JHEIAPP.

Berlainan pula kisah cinta pasangan warga emas ini, apabila dicekup JHEAIPP di sebuah bilik lodge bajet.

Pasangan berusia 59 tahun itu awalnya mengaku sudah berkahwin.

Namun mereka gagal menunjukkan sebarang bukti perkahwinan kepada anggota penguatkuasa.

“Tapi kami nak kahwin tak lama ustaz, kami memang nak kahwin tak lama lagi, kesiankanlah kami,” kata lelaki itu.

Pasangan yg sudah hampir mencecah usia emas itu rupa-rupanya sudahpun mempunyai suami & isteri masing-masing.

“Saya sebenarnya datang nak jenguk dia sekejap saja, teman sekejap sahaja,” demikian alasan diberikan lelaki itu lagi.

Sementara itu Ketua Unit Operasi & Penguatkuasaan JHEAIPP, Muhammad Hafiz Abdul Wahab berkata, seramai 45 individu ditahan ketika Operasi Ambang Tahun Baru yg dijalankan JHEAIPP bermula jam 6 petang semalam.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut lebih 80 peratus adalah remaja.

“Ada yg berusia 15 tahun turut dicekup akibat berkhalwat & rata-ratanya mengaku mendaftar masuk ke lodge kerana penat menyambut tahun baharu,” katanya.

Operasi yg dijalankan di seluruh Pulau Pinang itu tamat sepenuhnya pda jam 6 pagi tadi.

Seramai 25 anggota JHEAIPP termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dr Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) terlibat sekaligus berjaya menahan pesalah yg berusia dr 59 hingga 15 tahun.

Kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 akibat kesalahan berkhalwat.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.

Kesemua pesalah berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk soal siasat & masing-masing dijamin oleh waris.
sumber : sinarharian

Pasangan kekasih sekampung sewa motel lepas rindu | indri rahayu | 4.5