Penyanyi Wanita Popular Di Indonesia Ini Rupanya Anak Menteri Malaysia

Malaysiana – Siapa sangka, penyanyi baru kelahiran Malaysia yg berjaya menempa nama di negara jiran, Indonesia rupa-rupanya bukan calang-calang orang.

Difahamkan, penyanyi wanita yg dikenali sbgai Nadira Adnan ini sebenarnya adalah anak kepada seorang individu berpengaruh & menjawat jawatan menteri di Malaysia.

Maknanya, geng-geng Dafi & Najwa Mahaiddin jg la ni. Ermm, tapi siapa?

Setelah dirisik-risik, Nadira adalah anak kepada Menteri Wilayah & Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Gadis jelita ini jg khabarnya sudah memiliki beberapa single sendiri.

Menurut laporan media Indonesia, Nadira semakin fashionable selepas lagu duet bertajuk Cinta & Pergi bersama penyanyi Al Ghazali yg merupakan anak kepada penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani mendapat sambutan hangat di sana.

Malah, Nadira turut berpeluang berduet bersama Glen Fredly dlm sebuah lagu yg bakal dipasarkan dlm albumnya sendiri yg akan memuatkan 10 lagu.

Ekoran sibuk di Indonesia, Nadira difahamkan menetap & ‘berguru’ di Indonesia. Wah, apa-apa pun semoga berjaya buat Nadira.

Penyanyi Wanita Popular Di Indonesia Ini Rupanya Anak Menteri Malaysia | sentot | 4.5