Saya Hantar Anak Dalam Keadaan Sihat Tapi Dipulangkan Sebagai Mayat

Malaysiana – Simpati dgn luahan si ibu yg kehilangan anak kesayangannya baru-baru ini. Anak lelakinya yg dihantar ke Pulapol Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan pda September tahun lalu dlm keadaan sihat & ceria, dipulangkan sbgai mayat.

Hati ibu mana yg tidak sedih menerima perkhabaran seperti itu? Tambahan pula punca kematian disebabkan paru-paru berair & jantung mangsa bengkak. Justeru, ibu mangsa mahu PDRM menjalankan siasatan yg adil & telus akan kes kematian anaknya itu.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Takziah

Oleh pengadu, Che Suhaimah

Assalamualikum. Saya ibu kandung arwah Mohamad Anuris Ilham bin Anuar. Tolong sebarkan kepada semua.

Anak kesayangan saya mati bersebab. Anuris takkan rosak organ dalamannya dgn sendiri. Anuris bukan budak lepasan SPM yg biasa, saja nak masuk polis. Tetapi Anuris berkelulusan Diploma Undang-Undang.

Selepas diploma, dia buat praktikal di Balai Polis IPD Gerik selama dua bulan. Selepas itu bertugas sbgai guard bersenjata di Hospital Selayang. Sbelum masuk ke Pulapol Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, Anuris telah beberapa kali menjalani medical test up di hospital kerajaan. Sbelum masuk Pulapol, Anuris aeorang anak yg sihat walafiat, bertubuh sado & ceria. Anuris anak kesayangan saya tidak pernah ada penyakit sawan, malah keturunan dia tak ada sawan. Macam mana anak saya boleh mengalami kecederaan organ seperti paru-paru berair & jantung bengkak?


Saya merasa sungguh terkilan dgn apa yg berlaku pda anak saya di dlm Pulapol. Saya cukup tidak berpuas hati pda Pulapol Air Hitam. Tangan saya yg hantar anak saya pda Pulapol dgn gemuk, sado, sihat walafiat. Dgn bangga anak saya akan jadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya serahkan anak kesayangan saya pda 24 September 2016 dgn penuh kepercayaan kepada PDRM, bukan saya serahkan anak saya kepada mafia. Tetapi pda 11 Januari 2017, PDRM menghantar pulang anak saya sbgai mayat.

Saya tahu ajal maut di tangan tuhan. Saya tahu walau apa pun yg terjadi, saya tak akan mendapat kembali anak kesayangan saya buat selama-lamanya. Saya tahu ajalnya di Pulapol Air Hitam, tetapi anak saya tidak akan sakit & cedera organ dalaman dgn sendiri tanpa sebab yg munasabah.

Tetapi kalau kematian anak saya berpunca dr kecuaian & perbuatan ganas, saya akan melawan habis-habisan. Kalau tidak, tak berbaloi anak kesayangan saya mati dgn azab buat submit mortem lagi. Sedangkan dlm Islam haram bedah mayat. Tetapi demi mencari kebenaran, diharuskan.

Hati seorang ibu mana yg sanggup melihat mayat anaknya dibedah, dilapah, disiat-siat seperti seekor lembu? Hati ibu mana yg sanggup melihat organ dalaman anaknya dipotong-potong seperti lembu di pasar? Hati ibu mana yg sanggup melihat kepala anaknya dimesin, dikeluarkan otaknya? Tetapi inilah submit mortem. Walaupun hati saya sayu, hiba, demi mencari kebenaran, saya sanggup anak saya dilapah, disiat-siat.

Sekarang anak saya disahkan mati akibat paru-paru ada air & jantungnya bengkak. Tetapi apa puncanya menjadi seperti itu? Saya telah membuat laporan polis & meminta pihak PDRM menjalankan siasatan yg telus & adil.

Tolonglah celik, fikir & renungkan betapa menderitanya seorang ibu yg kehilangan anak kesayangan, agar selepas ini tiada lagi ibu yg menunggu mayat anaknya dipulangkan di atas jalan.

Tolong sebarkan, anak saya bukan sawan. Apa pun penyebabnya, semua berpunca dr dlm Pulapol Air Hitam. Doakan semoga Allah akan tunjukkan kebenaran.

Saya Hantar Anak Dalam Keadaan Sihat Tapi Dipulangkan Sebagai Mayat | sentot | 4.5