Saya Menyesal Ceraikan Dia Sedangkan Dialah Isteri Yang Sempurna

7 Januari 2017

Malaysiana – Salam admin, tolong conceal nama aku. Aku bukanlah nak mengaibkan diri sendiri, tetapi aku terpaksa jg lakukan utk selamatkan rumah tangga aku. Dlm hal ini memang salah aku 100%, aku bodoh sebab sia-siakan isteri yg baik & sempurna seperti dia.

Aku tahu dia ada publish sesuatu di sini, walaupun aku tak pasti dia atau bukan tetapi aku yakin dgn cara penulisan dia & kata-kata dia yg sgt jujur. Aku pun tanpa sengaja terbaca bila kawan-kawan aku share. Aku dah sebulan mencari dia. Aku rindukan anak-anak.

Awak, saya tahu awak ada be a part of group Kisah Rumah Tangga ini & saya pasti yg publish itu adalah awak. Di mana pun awak berada pda saat ini, kembalilah. Saya rindu dgn senyuman awak walau hati awak terluka dgn perbuatan saya & ibu saya.

Awak tak pernah nak tunjuk atau melawan saya. Saya yg bodoh selama ini yg jg mensia-siakan awak. Saya pilih perempuan pilihan ibu sedangkan saya tahu awak pda masa itu memerlukan saya selepas bertarung nyawa nak melahirkan zuriat saya.

Saya ingat awak akan merayu selepas saya ceraikan awak. Tetapi awak diam & senyum. Saya tak tahu perasaan awak itu macam mana. Tetapi bila awak dah pergi dgn anak-anak, baru saya tahu pentingnya awak dlm hidup saya.

Seorang isteri yg taat, seorang isteri yg tak pernah merungut walau saya jarang bagi awak nafkah. Yg saya terkesan sehingga ke hari ini bila awak gam sendiri selipar sebab awak tak mahu menyusahkan saya. Seorang isteri yg meletakkan Allah paling utama tanpa dendam di hati.

Sayang, tolonglah kembali. Abang merayu sgt, abang tak sedar masa ceraikan awak. Di mana pun awak sekarang, saya harap awak baca luahan saya. Saya minta maaf sangat-sangat, awak. Ampunkan saya. Saya tanya ke pejabat agama, awak msih belum daftar lagi. Jadi awak di mana sayang?

Saya tak kisah jika ada yg kecam, kecamlah. Doakan isteri saya dilembutkan hati utk kembali.

22 Januari 2017

Salam admin, terima kasih sangat-sangat sebab publish kisah saya yg mencari bekas isteri. Alhamdulillah saya dah jumpa dgn bekas isteri tetapi masalahnya dia tidak mahu rujuk semula. Puas jg saya memujuk, tetapi dia msih sama dgn hati keringnya.

Saya ugut macam mana pun dia msih tenang. Saya kadang-kadang terfikir jg, ketika dia msih menjadi isteri saya sampai dah jadi bekas isteri, dia ini ada perasaan atau tidak?

Saya dgn keluarga dah buat macam-macam, dia tak sentap atau naik hantu. Tenang saja. Saya kadang-kadang cemburu dgn ketenangan dia, lagi-lagi sekarang saya tak boleh terima kalau dia dah transfer on.

Dengar cerita ada yg sudah masuk meminang dia. Saya tak boleh terima, saya msih sayangkan dia. Memang saya tak layak jadi suami dia sebab dia boleh dikatakan isteri soleha taat, kuat agama, baik. Tetapi saya nak mencuba memperbaiki kesalahan diri. Salah ke saya minta peluang?

Saya sentap sangat-sangat bila dapat sms dr dia.

“Cinta awak tak boleh bawa saya ke syurga, Tetapi cinta Allah memberi jaminan syurga,”

Saya rasa terhina betul dgn kata-kata dia. Kadang-kadang saya maki-maki jg tetapi dia tak balas pun.

Saya bodoh kerana melepaskan dia dulu. Sekarang baru saya sedar dialah wanita yg terbaik. Sekarang ramai lelaki yg tunggu dia. Dulu saya ego, mana ada orang yg nak terima bekas orang. Tetapi saya silap. Betul kata dia, saya buang dia macam sampah, orang akan kutip dia macam permata.

Menyesal sangat-sangat & saya buntu pda masa ini. Tolonglah beri pendapat macam mana nak melembutkan hati dia agar kami dapat bersatu kembali.

Saya Menyesal Ceraikan Dia Sedangkan Dialah Isteri Yang Sempurna | sentot | 4.5