Tempah maut berenang di Sungai Kelantan

Malaysiana – KOTA BHARU: Sekumpulan remaja bagai sengaja menempah maut apabila dikesan berenang di Sungai Kelantan, berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, dlm keadaan arus deras selain paras sungai tinggi. Gelagat mereka dirakam seorang pengunjung sebelum dimuat naik ke laman sosial Fb semalam, sehingga tersebar luas & ditonton lebih 62,000 pengguna.

FOTO dr rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja dikesan berenang di Sungai Kelantan dlm keadaan arus deras selain paras sungai tinggi berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

Tindakan remaja berkenaan mendapat pelbagai reaksi dgn ada yg mendakwa aktiviti berkenaan dilakukan penduduk yg mendiami tebing sungai sejak turun-temurun. Bagaimanapun, ada yg mempersoalkan sikap ibu bapa membenarkan anak mereka mandi di kawasan berbahaya itu.

Menerusi video selama 58 saat itu, kumpulan remaja itu seolah-olah tidak takut dgn arus deras & berenang dgn tanpa menggunakan alat keselamatan termasuk pelampung. Sepanjang bulan lalu, empat kematian membabitkan kjdian lemas direkodkan di Kelantan masing-masing di Pantai Irama, Bachok; Pantai Tok Bali, Pasir Puteh & Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu.

sumber:bharian.com.my

Tempah maut berenang di Sungai Kelantan | | 4.5