Fasha Sandha Dianiaya Fauzi Nawawi Rambut Dipotong Pendek

Malaysiana – Rambut Fasha Sandha telah dipotong pendek oleh aktor Fauzi Nawawi dgn niat menganiaya pelakon wanita tersebut.Bagaimanapun tindakan Fauzi tidak dihalang Fasha demi menjayakan watak sbgai Tisha dlm filem terbaharu lakonannya berjudul Badang.

Fasha dlm satu kenyataan memberitahu, dia terpaksa melakukan pengorbanan itu kerana ia babak penting filem Badang.

“Babak ini menunjukkan Tisha yg jg isteri kepada Badang telah dianiaya oleh abangnya Tai dilakonkan oleh Fauzi Nawawi.”Tisha telah didera dgn kejam oleh abangnya dgn memukul, merentap & menggunting sebahagian besar rambutnya. Kekejaman itu terserlah apabila perlakuan itu ditonjolkan,” katanya.

Tambah Fasha lagi, Tisha sepatutnya didera sehingga rambutnya dibotakkan namun, bagi menghormati sensitiviti dia membatalkan hasrat tersebut.

“Pernah seorang pelakon wanita membotakkan kepala utk menjayakan wataknya dlm sebuah filem & perkara tersebut telah menjadi isu.”Disebabkan perkara tersebut membuatkan saya mahupun pihak produksi filem Badang memikirkan rambut panjang saya dipotong pendek sudah memadai,” katanya.

Di bawah merupakan imej terbaru Fasha selepas rambutnya dipotong Fauzi:

Bagaimanapun Fasha menafikan berasa menyesal mahupun terkilan memotong pendek rambutnya seperti lelaki gara-gara mahu menjayakan watak.”Sewaktu menerima tawaran utk menjayakan filem ini lagi saya sedar akan pengorbanan besar yg harus dilakukan. Sbgai pelakon saya perlu komited dgn apa yg harus dilalui watak dijayakan.

“Saya tidak kisah apabila terpaksa melakukan pengorbanan ini asalkan watak dijayakan nampak benar-benar hidup & penonton yakin dgn lakonan diberikan apabila mereka menonton Badang di pawagam nanti,” katanya.Selain Fasha, turut membintangi filem yg diarahkan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen pengasas produk kecantikan Datuk Aliff Syukri, Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi. sumber : www.astrogempak.com.my/

 

Fasha Sandha Dianiaya Fauzi Nawawi Rambut Dipotong Pendek | sentot | 4.5