Siapa Dia Mat Dan? 13 Fakta Mengenai Lelaki Mat Salleh Yg Fasih Berbahasa Terengganu

Malaysiana – Siapa dia Mat Dan? Ramai yang mungkin nak tahu lebih atau serba sedikit mengenai lelaki Mat Salleh yang fasih berbahasa Terengganu. Adakah dia berkahwin dengan wanita jelita Terengganu sehingga lidah Inggerisnya dah bertukar menjadi lidah Terengganu?

13 Fakta Mengenai Mat Dan, Lelaki Mat Salleh Yang Fasih Berbahasa Terengganu

1- Nama sebenar Mat Dan ialah Daniel Tyler. Berusia 26 tahun.

2- Bapanya yang merupakan ahli perniagaan bernama Kevin, 53, dan ibu Nicol, juga 53, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.

3- Mengembara ke Asia Tenggara, sehingga akhirnya terpikat dengan keindahan di Pulau Kapas. Beliau sebelum itu mengembara ke Thailand, kemudian Laos sebelum ke Pulau Perhentian, yang akhirnya beliau ambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas selama lebih 6 tahun.

4- Boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek atau loghat Terengganu selepas 3-4 tahun berada di Terengganu. Kefasihannya disebabkan oleh sifatnya yang mahu berkomunikasi dengan lebih baik dengan penduduk tempatan, kerana rata-rata penduduk tempatan tidak tahu berbahasa Inggeris.

5- Daniel Tyler telah memeluk agama Islam. Beliau tukar nama menjadi Kareef Daniel Abdullah. Sekarang anda tahu daripada mana datangnya Mat Dan (Mat Daniel).

 

6- Mat Dan sudah ada program TV sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Program ini menceritakan pengalaman realiti bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer.

7- Phobia dengan buah Durian selama 2 tahun disebabkan tempoyak yang disangkakan aiskrim. Tetapi sekarang, antara masakan yang disukai ialah Ikan Patin Masak Tempoyak.

8- Sebab utama kenapa Mat Dan menetap di Malaysia adalah disebabkan keramahan dan hospitaliti penduduk negeri Terengganu yang mesra dengannya.

9- Mat Dan merancang untuk berkahwin pada tahun 2016, dan identiti wanita tersebut masih lagi menjadi misteri.

10- Merupakan kawan dan sahabat kepada PU Amin.

11- Mat Dan juga merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Biologi Marin.

12- Dia kini menjadi kurang lancar berbahasa Inggeris apabila telah fasih berbahasa loghat Terengganu. Malah, semasa perkahwinan abangnya di England, semua ahli keluarga terkejut apabila pertuturannya diakhiri dengan perkataan – Lah.

13- Daniel Tyler berasal dari Bristol, England. Pertama kali jejak Malaysia pada tahun 2009, ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.

Siapa Dia Mat Dan? 13 Fakta Mengenai Lelaki Mat Salleh Yg Fasih Berbahasa Terengganu | sentot | 4.5