Tarikh Bayaran Penerima BR1M 2017

Malaysiana – Tarikh Bayaran Penerima BRIM 2017: Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bantuan kewangan tahunan dari kerajaan buat rakyat warganegara Malaysia yang terpilih mengikut kategori dan syarat yang telah ditetapkan.

Tarikh dan bayaran BRIM 5.0 2016 sudah selesai. Kini bermula untuk BR1M 6.0 2017. Sila lakukan kemaskini dan semakan BR1M anda secara online di sini untuk kelayakan menerima BR1M 2017

  • Panduan Permohonan
  • Panduan Kemaskini

Berdasarkan pembentangan bajet 2017, jumlah BR1M 2017 telah dinaikkan. Berikut adalah kadar baru pembayaran BR1M 6.0 untuk tahun 2017

Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

1. Pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Februari 2016.

  • Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 – RM450

2. Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017

  • Pendapatan isi rumah di bawah RM1,000 sebulan (e-kasih) – RM1200
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan – RM1,200
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM900
  • Kadar Bayaran BR1M 6.0 2017

Tarikh Dan Jumlah Bayaran

Berikut adalah tarikh dan jumlah pembayaran BRIM mengikut kategori untuk tahun 2017.

1. Tarikh pembayaran pertama pada 18 Februari 2017

  • Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM400
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM400
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM300
  • Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 – RM450

2. Tarikh pembayaran kedua pada Jun 2017

  • Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM400
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM400
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM300

3. Tarikh pembayaran ketiga pada Ogos 2017

  • Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM400
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM400
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM300

Note: Tarikh tepat pembayaran dan jumlah bayaran akan dikemaskini setelah mendapat tarikh rasmi dari KKM
Cara Bayaran BR1M 2017
Berikut adalah cara bayaran BR1M 2017 yang terbahagi kepada 2 cara iaitu:

1. Akaun Bank
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

2. Baucer
Bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Masalah BR1M
Anda juga boleh ajukan sebarang masalah atau soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BR1M 2015 dengan menghubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada [email protected]

Tarikh Bayaran Penerima BR1M 2017 | sentot | 4.5