Foto Berpelukan & Berciuman Emma Maembong Ketika Berumur 15 Tahun

Menurut Emma, gambar-gambar tersebut diambil ketika dirinya berusia 14, 15 tahun bersama kekasihnya.

Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 & 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan custom stunned bila baru saja mengenal dunia.
Saya akui gambar itu satu kesilapan & saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan & pasrah dengan apa yang berlaku.

Yang penting, Emma memberitahu yang dirinya kini sudah berubah & berharap agar peminat tidak menghukumnya berdasarkan kisah silamnya dulu. Kata Emma:

Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek & bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Malah saya berpeluk & bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya & kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu.

Lagipun kini saya sudah berubah & telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya.

Kepada jejaka yang ada menaruh hati terhadap Emma Maembong, lupakanlah saja hasrat anda itu. Hati Emma sudah dimiliki oleh jejaka yang dikenali dengan nama Adi Zaim. Kepada Emma, lupakan kontroversi ini & berusahalah untuk memajukan diri dari segi lakonan. Anggap sahaja ini asam garam apabila bergelar selebriti.sumber : beautifulnara.com

Foto Berpelukan & Berciuman Emma Maembong Ketika Berumur 15 Tahun | sentot | 4.5