Landing Atas Peha Aaron Aziz, Dr. Soo Wincci Minta Kebenaran Diyana Halik

Pelakon & penyanyi jelita, Dr. Soo Wincci meminta kebenaran isteri kepada aktor Aaron Aziz. Diyana Halik untuk melakonkan babak-babak mesra. Menerusi filem terbaru lakonannya yang berjudul Kau Yang Satu, Wincci melakonkan babak-babak mesra seperti memegang, memeluk & duduk di atas peha Aaron.

“Saya memegang watak sebagai Isabella, seorang style yang mempunyai hubungan dengan Taufik, lakonan Aaron. Pada awalnya, saya rasa agak risau selepas membaca skrip. Saya menyedari ada adegan mesra yang harus saya lakukan bersama Aaron.

“Sebagai tanda hormat, saya meminta izin dengan isteri Aaron, Diyana untuk melakonkan babak-babak tersebut. Diyana sangat memahami & tahu tugas saya sebagai seorang pelakon. Pada mulanya, saya rasa agak segan juga tetapi saya melakukan aksi tersebut atas dasar profesional & tuntutan watak,” kata Wincci kepada Astro Gempak.

Menjadi filem Melayu pertama lakonan Wincci, bekas Ratu Cantik Malaysia ini bersedia untuk menerima lagi watak sebegini kerana ingin mencabar dirinya. Menariknya, percubaan Wincci yang julung kalinya membawa karakter antagonis mendapat pujian ramai selepas majlis tayangan perdana filem itu selesai.

“Saya selalu berlakon dalam drama Cina, tetapi saya sering diberikan watak sebagai seorang gadis yang baik. Watak Isabella dlm Kau Yang Satu menjadi penanda aras untuk saya menampilkan sisi lakonan yang berbeza.

“Saya berharap karakter seperti ini akan menyerlahkan lagi bakat saya dlm dunia perfileman. Saya juga bersedia untuk melakonkan watak sebegini di masa akan datang,” katanya lagi. Selain Aaron & Wincci, filem ini turut dilakonkan oleh Izara Aishah & Hisyam Hamid. Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar & Rosnah Johari & ramai lagi.

Landing Atas Peha Aaron Aziz, Dr. Soo Wincci Minta Kebenaran Diyana Halik | sentot | 4.5