Pasangan Curang Ditemui Mati Melekat Dalam Keadaan Sungguh Mengaibkan

Sungguh mengaibkan, itulah yang boleh dikatakn kepada sepasang manusia ini yang dikatakan pasangan curang ditemui mati dalam keadaan melekat ketika melakukan hubungan intim.

Kejadian yang berlaku di Kampung Talang, Sumatera Barat, Indonesia ini begitu mengejutkan orang-orang di sekitar kawasan terbabit sehingga ada yang begitu marah kerana perkara ini boleh memburukkan nama kampung tersebut.

Mangsa lelaki, Yn(bukan nama sebenar), 35 tahun ditemui mati melekat bersama pasangannya Syarif Hidayatulah, 26 tahun yang sudah pun mempunyai seorang anak hasil hubungan dengan suami yang sah.

Kedua-dua mayat berkenaan pertama kali ditemui oleh Ibran, pada 6 March 2017 yang lalu ketika hendak menghantar surat jemputan kahwin di rumah Yn. Saksi tersebut menceritakan dia terlebih dahulu memanggil mangsa & mengetuk pintu, namun tidak ada jawapan.

Melihat dua motosikal yang berada di hadapan rumah, saksi mulai curiga & mengintai dari tingkap rumah. Saksi melihat mereka berdua berada di dalam namun dalam keadaan yang tidak begitu jelas. Ibran sekali lagi cuba memanggil namun tetap tiada jawapan.

Kebetulan ada seorang rakannya, Rizal yang lalu di kawasan tersebut, mereka berdua bertindak memecah masuk rumah tersebut & terkejut besar setelah melihat keadaan kedua-dua jasad terbabit yang melekat sebegitu.

Pasangan Curang Ditemui Mati Melekat Dalam Keadaan Sungguh Mengaibkan | sentot | 4.5